Thursday 7 February 2013

Cancer,Sarimah Primadona SariAged2 and Panic Attack!!

December 2012,mak di sahkan ada lung canser,di admitkan di hospital,dan sebagai ahli keluarga we refuce chemo,memandangkan mak dah tua,so bawak balik rumah,cuba berubat cara kampung,npk ok,then bawak mak dtg umah aku,then masa sampai kaki dia semua bengkak,mungkin sebab duduk 5 jam dalam kereta,then i start ubat Sarimah Primadona SariAged2 kat mak..alhamdulillah mak beransur pulih..terima kasih byk2 kepada product Sarimah Primadona,

Mak sihat makan ok,semua ok dah buleh bejalan,bengkak di kaki pon alhamdulillah dah hilang,just 1 problem,mak tak tidok ever since dia keluar dari hospital,dia takut,dah tak tidok sepasai,kita pun dia tak bagi tidur,semasa di rumah aku,aku perhatikan mak aku...aku bukan belajar tinggi  mana pon..tapi aku org yg peka,dari cara mak aku yg takot tak pasai2,menangis,tak boleh keserangan,tak mau tidur dan panic setiap masa.jadi aku bawak pegi klinik saja,dan aku sembang dengan doctor,doctor india tu diam saja dan perhatikan mak aku,lepas tu dia cakap nie memang betoi sintom orang kena panic attack,so dia bagi ubat zanex,mak mau ubat penat dia selalu kata dia penat,tapi tak penat pon,masaalahnya cuma satu menjerit2 di tengah malam tiap2 hari,kalau kita sebagai org yg sihat alhamdulillah nie menjerit tiap2 malam sepanjang malam sampai pagi...kita pon akan penat,banyak doctor aku bawak mak pi semua cakap mak sihat tak penat,satu doctor pon tak mau bagi dia ubat penat,satu doctor pon tak mau bagi oksigen,sebab mak tak penat,aku simpati dgn keadaan mak,aku sedih,aku berdoa pada Allah swt,supaya bagi ketenangan dan  ampun kan dosa mak.

So balik rumah lepas jumpa doctor India tu,malam aku bagi ubat zanex,mak sleep like a baby that night,aku pegi tgk dia dlm bilik pun mak ok..alhamdulillah syukur...bangun pegi toilet 2-3 kali pon dia ok tak menjerit2 mcm selalu,tak jatuh pening ke apa,aku rasa ckp lega,aku,suami dan anak2 semua boleh tido dgn aman..bangun pagi pon dia dah ok..mandi,turun bawah buat susu sendiri tunggu cucu dia datang nak bawak di balik penang kejap.Semua nya berjalan seperti biasa,mak pon sampai di penang rumah disayangi dia tu...semua kaum keluarga dtg melawat,happy2,malam anak sedara aku bagi mak zanex,dia makan,tido..anak sedara aku pon tido lah..ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari...malam pukul 3 dia buat pulak..tawaf satu rumah jerit2,panggil org sampai pukul 6 pagi...pas tu menangis menangis takot kembali....anak menakan aku tak ada keluar ke pejabat ugama untuk urusan dia nak kawin,mak terus jadi gelabah panic takot...panic attack dah meyerang kembali!!!!



So...aku suruh anak menakan aku bawak saja dia balik KL,nanti aku akan bawak mak ke UH untuk jumpa pakar sakit jiwa,dan amik ubat tuk tenangkan dia,controlkan panic attack mak tu...semoga usaha yg aku buat selama ini Allah akan memberikan hasil...aku berharap mak sempat ke Mekah tahun nie..dan aku akan usahakan yg terbaik dan yg termampu.Canser aku tak takot dari sakit jiwa...setiap peyakit ada ubat cuma yg tak ada ubat hanya satu..yakni "MATI"..semoga Allah makhbulkan doa doa aku..selama ini

Sunday 22 May 2011

Hotel 5 Bintang Dan Wanita Bertudung

Pada pendapat aku,sebagai seorang rakyat Malaysia,Islam,di negara "Islam",aku hairan kenapa,kita yang bertudung di larang megenakan tudung kita sekiranya kita ingin kekerja di hotel bertaraf 5 bintang?Kenapa tak ada sesiapa pun yang "fight" untuk ini?
Sahabat aku,mungkin seru dah sampai,kerja di hotel 5 bintang di Kuala Lumpur,department kitchen,nak pakai tudung,tapi tak boleh,menangis2 kerana kena resign,seboleh-bolehnya dia tak nak resign,mana taknya gaji dah banyak,kerja dah lama,commitment banyak,so sahabat aku minta tolong ext chef tolong cakap kan dekat GM,si Gm cina nie kata tak boleh" because this is a hotel policy".My thought is what a crock of shit punya policy(upps sorry fr my language).
Ini negara Islam,persoalannya di sini,kenapa kita tak boleh bertudung jikalau kita nak bekerja di hotel yg bertafat 5 bintang? Aku dulu pun asal kerja di hotel 5 bintang juga.Bila aku nak bertudung.aku kena nerhenti,walaupun aku ada banyak experience,dan aku memegang jawatan F&B manager,tapi aku kena resign kerana aku nak bertudung,ini dah lama punya cerita.sekarang aku pun dah tak minat nak kerja hotel lagi dah.
Aku masih ingat lagi,dulu aku kerja di hotel yg baru nak buka,so kita training dulu,berminggu-minggu,dan kita pergi ukur uniform,sebab kita first badge,anyway kita semua tak tahu macam mana gayanya uniform kita nanti,so selepas beberapa minggu,dia orang panggil kita untuk fitting,alamak sekali tengok,bajunya mak aiiii....macam pelacur...dah lah di low cut kan bahagia dada.kainnya belah sampai ke peha..apa lagi..hang tengok muka aku..aku tengok muka hang la...macam mana nak pakai baju macam nie kerja? apa nie...?? Tapi si GM mat saleh nie paksa kita suruh pakai juga,yang itu department launge,aku dia bahagian club,baju aku pulak,low cut di dada dah sepasai,bajunya pendek,skirt pun pendek.tunduk je punggung pun boleh nampak...nak buat kerja pun tak senang,last2 resign...apa yang aku boleh buat? Aku pun kecil lagi,nak cakap,nak complain tak reti sangat,so kita cunggit cari kerja lain..kawan aku tunggu juga,tapi dia tak pakai uniform tu,dia bantai je pakai white shirt and black pants,semua ikut sampai GM last2 tukar uniform tu,tapi sampai sekarang uniforn aku yg super sexy tu,masih lagi dia orang guna sampai sekarang.
Persoalannya sekarang,kenapa no one do anythingg about it,no one fight fr these woman?Hijab itu tak ada kena megena dgn soal kerja,so what kalau kita megenakan tudung di tempat kerja?Kalau kita kerja di kitchen department,bukan kah bertudung itu lebih bersih,tak de rambut yang jatuh,kalau kita lihat di fast food restaurant orang yang bertudung banyak yang bekerja,bersih dan selamat,so what's the problem?Kalau kita bertudung susah ke industry hotel nak maju?tak boleh cari makan ke? Summer holiday banyak middle east tourist yang datang ke negara kita,apa salahnya kalau ada staff yang nak megenakan tudung?Mana Dato Sharizan atau ahli politic yang lain,kenapa tak ada sekor pun yg fight for this right?Dulu kita fight untuk megadakan surau di hotel untuk staf nak sembahyang,walaupun surau ada yg bagus sikit dari public toilet,tapi alhamdulillah ada juga tempat sembahyang. Sekarang kalau kita pergi ke hotel2,banyak pekerja Bangladesh atau Filipin yang kerja..apa nie? Yang Bangladesh macan bangang..sorry to say this..banyak yang tak paham bahasa...orang yg bertudung tak layak kerja hotel kalau nak kerja juga bukak tudung tayang dada,boleh kerja..
Kalau dah payah orang bertudung nak kerja di hotel bagaimana dia orang nak ambil jurusan perhotelan di university atau di kolej2..banyak yg tak dapat meneruskan cita2 dek kerana si pegusaha hotel yg demand mereka bukak tudung tayang dada,punggung,rambut dan lain2..baru boleh kerja..macam nie dah double standard dah..aku disini bukannya apa,aku rasa betudung tu tak de masaalah,asalkan boleh kerja,rajin cukup...kalau nak yang seksi2,tapi tak boleh kerja apa kejadanhnya!!!